
Dalam dunia bisnes, ramai usahawan fokus pada produk — tapi lupa satu aspek penting: psikologi pembeli. Kalau anda target orang Melayu, ini artikel wajib baca.
Kami senaraikan 7 psikologi marketing orang Melayu yang terbukti berkesan untuk tarik perhatian, bina kepercayaan dan naikkan jualan.
Orang Melayu sangat sensitif terhadap peluang yang terhad atau mungkin terlepas. Mereka akan bertindak lebih cepat bila nampak tanda-tanda seperti:
Tempat terhad
Countdown masa tamat
Pendaftaran ditutup malam ini
Slot penuh semakin hampir
Ini bukan semata-mata teknik tekanan, tapi satu bentuk ‘panggilan bertindak’ yang sangat sesuai dengan budaya orang Melayu yang suka peluang dan takut terlepas sesuatu yang bermanfaat.
Tetapi, penting untuk diingat: jangan sesekali menipu tentang angka. Mereka mudah rasa ragu jika promosi anda nampak dibuat-buat atau berulang kali kata “tinggal 10 slot”, sedangkan tidak berubah.
Transparensi sangat penting. Bila anda jujur dan tetap letakkan had, orang akan lebih hormat dan percaya. Gabungan “terhad” dengan “jujur” menghasilkan strategi FOMO yang sangat kuat.
Orang Melayu secara umumnya bukan jenis yang terus percaya pada kali pertama. Mereka lebih berhati-hati, dan suka perhati dulu dari jauh.
Namun begitu, apabila mereka mula percaya dan rasa selesa dengan jenama atau individu di belakang bisnes itu, mereka boleh jadi pelanggan yang sangat setia.
Mereka bukan sahaja akan beli sekali, malah akan:
Beli berkali-kali
Kongsi secara sukarela kepada kawan dan keluarga
Pertahankan jenama anda bila orang lain kritik
Untuk sampai ke tahap ini, anda perlu konsisten membina kepercayaan. Caranya:
Kerap berkongsi konten yang mendidik dan jujur
Tunjukkan wajah dan perjalanan anda sebagai usahawan
Balas DM, komen, atau pertanyaan dengan sopan dan ikhlas
Bila mereka rasa mereka kenal anda, mereka lebih cenderung untuk percaya. Dan bila mereka percaya, mereka akan kekal bersama anda untuk jangka masa panjang.
Tanggapan bahawa orang Melayu hanya mahukan harga murah adalah kurang tepat. Ramai orang Melayu, terutama yang berpendidikan dan berpendapatan sederhana ke atas, tidak kisah bayar lebih — asalkan mereka tahu kenapa sesuatu itu berharga.
Mereka sering bertanya:
Apa yang membezakan produk ini dengan yang lebih murah?
Kenapa produk ini layak dikategorikan sebagai premium?
Apa yang saya dapat, selain daripada barang fizikal?
Inilah masanya anda gunakan storytelling dan fakta untuk menjelaskan proses penghasilan produk, nilai di sebalik jenama anda, atau misi yang anda perjuangkan.
Apabila nilai itu dapat dirasai, mereka akan membeli tanpa rasa terpaksa atau terbeban. Harga bukan lagi penghalang, kerana mereka tahu apa yang mereka bayar itu berbaloi.
Dalam banyak situasi, fakta semata-mata tidak cukup untuk meyakinkan. Apa yang lebih kuat dalam kalangan orang Melayu adalah cerita yang menyentuh hati.
Sebagai contoh:
Fakta: “Produk ini mengandungi vitamin C dan bahan aktif.”
Cerita: “Anak saya selalu batuk malam. Selepas konsisten guna produk ini, dia boleh tidur lena semula.”
Cerita sebegini lebih mudah diingati, dan lebih menyentuh perasaan. Ia bukan tentang apa kandungan produk anda, tetapi bagaimana ia memberi kesan kepada hidup seseorang.
Orang Melayu lebih cenderung membuat keputusan berdasarkan emosi, pengalaman, dan kepercayaan. Maka, jangan hanya fokus kepada bahan atau kajian makmal. Fokus kepada impak sebenar dalam kehidupan pengguna.
Orang Melayu semakin matang sebagai pengguna. Mereka bukan sekadar tengok jenama atau produk — mereka juga menilai siapa orang yang mengendalikan jenama tersebut.
Antara soalan yang sering muncul secara halus dalam minda mereka:
Siapa yang jual produk ni?
Dia ni betul-betul ikhlas atau sekadar nak buat duit?
Apa misi dan nilai di sebalik jenama ni?
Jika anda mampu tonjolkan misi yang jelas, kisah perjuangan anda, serta konsistensi dalam menyampaikan nilai, kepercayaan akan terbina secara semula jadi.
Contoh kenyataan yang kuat:
“Kami bina jenama ini kerana kami percaya wanita Muslim perlu ada pilihan fesyen yang menutup aurat tanpa kompromi terhadap gaya dan maruah.”
Mereka akan rasa lebih yakin membeli kerana mereka rasa mereka mengenali anda, dan percaya kepada niat anda.
Cerita peribadi yang ikhlas, sederhana dan relatable adalah satu bentuk pemasaran yang sangat kuat untuk orang Melayu.
Kisah seperti:
“Saya mula berniaga selepas diberhentikan kerja.”
“Saya jual makanan ni untuk bantu mak ayah di kampung.”
Kisah hidup seperti ini mudah menyentuh hati. Ia memberi gambaran bahawa anda bukan hanya berniaga untuk duit, tetapi ada sebab yang lebih besar.
Cerita begini tidak perlu panjang, cukup ringkas dan jujur. Orang Melayu sangat menghargai perjuangan dan keikhlasan dalam bisnes.
Satu elemen yang tidak boleh diketepikan dalam pemasaran kepada orang Melayu adalah nilai spiritual dan simbolik.
Mereka suka perkara yang dikaitkan dengan:
Halal dan patuh syariah
Amalan sunnah
Sedekah atau infak
Rezeki yang diyakini bersih dan berkat
Contoh CTA yang sangat berkesan:
“Setiap pembelian anda akan menyumbang RM1 kepada rumah anak yatim.”
Bila pelanggan tahu pembelian mereka bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi ada unsur kebaikan kepada orang lain — mereka rasa lebih tenang untuk membeli.
Mereka tidak sekadar membeli produk, mereka rasa sedang menyertai sesuatu yang lebih besar dan bermakna.
Fahami dulu siapa pembeli anda — baru senang menjual. Bila anda tahu psikologi mereka, anda tahu cara bercakap dengan bahasa yang mereka selesa.
Gunakan 7 strategi ini dalam:
Copywriting iklan
Content media sosial
Cara anda menjawab DM & komen
Brand anda bukan saja dipercayai — tapi disukai dan disokong.
Jika anda memerlukan bantuan profesional untuk setup iklan, hasilkan copywriting, atau ingin serahkan terus kepada pihak pakar,
Sandhill Digital sedia untuk bantu.
Klik sini untuk mohon servis runkan marketing dari Sandhill Digital:
