Search
Close this search box.
Lebarkan Sayap Anda Bersama
Lucid (Jelas) • Luscious (Menyenangkan) • Lucrative (Lumayan)

Perjalanan Sandhill Digital

Di sini bermulanya sebuah pengembaraan

Segenap ilmu ini akan kami kongsikan manfaatnya bersama!

Bermula dengan hanya 2 individu, kini Sandhill Digital telah berkembang menjadi sebuah keluarga, dan kami akan terus berkembang!

Sandhill Digital Sdn. Bhd. mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 2022 dan telah berpengalaman dalam bidang pemasaran digital dari tahun 2013. Syarikat ini bermula di bawah nama Anaheim Movement Enterprise yang memberi bantuan pemasaran kepada syarikat – syarikat kecil dan besar berkaitan pemasaran produk ataupun servis yang mereka kehendaki

Penubuhan syarikat ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap servis pemasaran digital. Pada mulanya, kami terdiri dari individu yang bekerja di belakang tabir syarikat berbeza. Setelah beberapa tahun di dalam industri ini, telah tercetus idea untuk melahirkan sebuah syarikat sendiri secara rasmi di bawah nama Anaheim Movement Enterprise pada tahun 2013.

Anaheim Movement Enterprise bergerak secara setabil selama beberapa tahun. Namun begitu, pertambahan klien dan mereka yang berminat mengenai servis ini telah melonjat naik terutamanya pada awal tahun 2022. Ini menjadikan idea untuk bergerak lebih jauh itu tercetus. Pertambahan klien juga mendorong perkembangan tenaga kerja dimana membolehkan Anaheim Movement Enterprise berupaya untuk menjadi sebuah syarikat sendirian berhad. Pada tahun 2022, Anaheim Movement Enterprise telah bertukar nama dan entiti kepada Sandhill Digital Sdn Bhd.

Kekuatan kami bersumber dari tenaga pakar yang berpengalaman luas dalam pemasaran digital serta tenaga kerja yang majoritinya golongan muda yang mampu membawa idea kreatif dan segar di dalam industri ini. Mereka tersebut telah membantu banyak perniagaan dari pelbagai niche, produk, servis dan pertubuhan bukan kerajaan bermula dari penjenamaan, pemasaran dan serta peningkatan produktiviti untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan disamping memenuhi misi dan mereka!

Sandhill Digital Sdn. Bhd. ketika ini telah beroperasi dengan lebih meluas dengan mengembangkan lagi skop servis yang disediakan kepada pelbagai jenis tema. Selain membantu pemasaran bisnes dan syarikat, Sandhill Digital Sdn. Bhd. turut membantu projek-projek sosial untuk manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya. Anggaran projek yang pernah dan sedang kami jalankan terdiri dari RM 10 ribu hingga ke RM 4 juta dan ianya bukan muktamad!

Pejabat utama Sandhill Digital Sdn. Bhd. berpusat di Bandar Baru Bangi, Selangor . Syarikat kami bergerak secara “hybrid” di mana ada di antara “team” tertentu melakukan rutin pekerjaan mereka di pejabat, dan ada juga yang melakukannya di rumah kedua – duanya secara sistematik.

Ketika ini, klien kami terdiri dari mereka yang berpengkalan di Malaysia namun begitu, kami sentiasa bersedia dan terbuka untuk menerima mereka yang berada di luar Negara yang memerlukan khidmat kami. Kami sentiasa dahagakan cabaran dimana tiada sempadan di dalam industri pemasaran digital ini dan..

Kami akan sentiasa mencuba benda baru!

Mengapa Pilih Kami?

Kami telah membantu lebih dari 30 klien di dalam pemasaran digital berkaitan jualan produk serta servis. Ada di antara mereka hanya bermula dengan impian, kini menjadi kenyataan dengan bantuan kami. Jom ikuti pengembaraan ini!

Perkhidmatan

Antara perkhidmatan yang kami sediakan buat klien kami!

Sebarang Pertanyaan?

Anda Sudah Yakin?

Jika ya, jom kita sembang dan kami akan cerita lebih lanjut!