Search
Close this search box.

1 Trick FB Ads Mudah Dan Berkesan Untuk Tarik Lebih Banyak Leads dan Pelanggan!

Sibuk? Share dulu artikel ini:​​
Facebook
Twitter
LinkedIn

(NOTA: Jika anda nak belajar strategi untuk naikkan juala ecomm… Boleh dapatkan buku Kitab Strategi Sulit Ecommerce)​

Okay…

 

Saya straight to the point je.

 

Artikel kali ni sedikit teknikal dan agak advance.

 

Kalau anda dah pernah run FB Ads dan sekarang ni masih lagi gunakan FB Ads untuk tarik leads, artikel ni khas untuk anda.

 

Kali ni saya nak tunjukkan kepada anda 1 trick mudah tapi dapat maksimumkan lagi impak iklan anda.

 

Walaupun trick ni mudah, tapi tak ramai yang buat.

 

Taktik ni berjaya naikkan jualan sehingga 70%, jadi kalau anda tak amalkan memang rugi.

 

Sebelum tu, anda wajib tau…

 

Apa yang saya nak kongsikan ni ada kaitan dengan “CUSTOMER JOURNEY”.

 

Pertama sekali, anda kena fahamkan apa tu “Customer Journey”?

 

Ianya merujuk kepada proses-proses yang berlaku untuk tukarkan audience jadi prospek dan dari prospek menjadi pelanggan.

 

Sebelum audience whatsapp dan beli produk anda, ada beberapa proses yang berlaku.

Ini apa yang berlaku sebelum pelanggan beli produk anda:

  • Dalam 1000 orang yang nampak iklan anda, hanya 3% akan klik (lebih kurang 30 orang)
  • Dalam 30 orang yang klik, hanya 10% yang berminat dengan produk anda (3 orang).
  • Tapi, 1 orang yang akan bertindak (klik link dan whatsapp).
  • Untuk dapatkan 1 jualan, sekurang-kurangnya anda kena dapatkan 5 prospek yang whatsapp.

Nampak tak?

 

Dalam proses A ke D tu, anda kehilangan ramai audience dan prospek.

 

Anda kena tau, bukan semua audience yang nampak iklan tapi tak whatsapp tu, dia tak berminat!

 

Tak semestinya!

 

Mungkin mereka berminat, tapi mereka lupa nak whatsapp.

  • Mungkin mereka nampak iklan anda masa tengah take 5 di ofis dan mereka berminat, tiba-tiba bos panggil dan akhirnya mereka lupa pada iklan anda.
  • Mungkin mereka scroll iklan masa tengah tunggu order di restoren, tiba-tiba makanan sampai, lepas makan terus lupa iklan anda.
  • Atau, masa tengah syok-syok cuci mata tengok koleksi tudung terbaru, tiba-tiba anak menangis nak susu.

…dan macam-macam lagi kemungkinan yang berlaku dan menyebabkan audience/prospek yang berminat tu, lupa nak respon pada iklan anda. :'(

 

Hmmm… Manusia makin sibuk, kehidupan makin laju, jadi potensi untuk anda kehilangan prospek adalah sangat besar!

 

Anda tak boleh nak paksa mereka untuk respon.

 

Tapi, soalnya sekarang, macam mana nak kurangkan kadar kehilangan audience/prospek tu?

 

Sebenarnya, ada 1 cara ni dan tak ramai yang gunakan cara ni.

 

Caranya adalah → BUAT FB ADS RETARGETING

 

Apa itu “Retargeting”


Buat anda yang follow artikel dan perkongsian saya baru-baru ni, mesti pernah dengar tentang retargeting.

 

(Nota: Teknik ni juga dikenali sebagai teknik SAKA)

 

Tapi, mungkin anda masih samar-samar tentang retargeting.

 

Jadi, biar saya terangkan dulu apa maksud retargeting ni.

 

Secara asasnya, retargeting ni adalah iklan yang kita target semula pada audience yang dah pernah engage page, website atau video kita.

BACA JUGA: Inilah Strategi FBads Retargeting yang Berjaya Hasilkan 5 Angka!

Retargeting boleh dibuat kepada:

  • Audience yang pernah klik ke website kita.
  • Audience yang pernah baca konten canvas/website kita.
  • Audience yang pernah tonton video.
  • Audience yang pernah like, komen atau share post yang ada dalam page kita.

Pernah tak anda survey produk yang ada di website marketplace seperti Shopee, Lazada atau 11street… kemudian anda keluar dari website tanpa buat sebarang pembelian.

 

Buka-buka je FB nampak iklan produk yang anda survey tu.

 

Haaa… tu la salah satu jenis iklan retargeting.

(Ni contoh iklan retargeting. Kalau anda masuk 11street dan tak buat sebarang pembelian, anda akan nampak iklan ni di FB anda.)

 

Tapi… penting sangat ke Retargeting ni?


Mungkin anda rasa retargeting ni tak penting.

 

Ya, anda masih boleh buat jualan dan dapat ROI yang menguntungkan walaupun tak buat retargeting.

 

Tapi, kalau tak buat retargeting, anda sebenarnya dalam kerugian secara tak langsung.

 

Kenapa?

 

Sebab, pesaing makin lama makin ramai, iklan di FB makin banyak.

 

Jadi, ianya akan menyebabkan kos iklan makin meningkat.

 

Selain tu, gaya hidup yang makin sibuk menyebabkan prospek cenderung untuk menangguh dari beri respon pada iklan.

 

Masuk tahun 2019 ni, tanpa retargeting, iklan anda mungkin hanya sekadar dapat bagi anda “BREAKEVEN” je.

 

(Nota: Maksud breakeven adalah tak untung dan tak rugi. Kira lepas tolak kos iklan, walaupun anda tak rugi, tapi anda juga masih tak untung)

 

Berita baiknya, dengan strategi Retargeting yang betul, kita dapat convert audience yang berminat (tapi lupa nak respon pada iklan) dan naikkan jualan sehingga 70%.

 

Masih tak nampak logiknya?

 

Baik, saya bagi satu contoh senario:

 

Senario 1 (1 kempen menjual dan tak buat retargeting)

 

Bajet iklan: RM100
Reach: 10,000 orang
CTR: 3.00% (ada 300 orang klik iklan)
Jumlah Leads: 8 – 10 orang prospek
Jumlah Close: 2 – 3 orang pelanggan

 

Senario 2 (1 kempen menjual + 1 kempen retargeting)

 

Bajet iklan: RM100+RM20 (bajet iklan retargeting)
Reach: 10,000 orang
CTR: 3.00% (ada 300 orang klik iklan)
Jumlah Leads: 15- 20 orang prospek
Jumlah Close: 4 – 6 orang pelanggan.

 

Cuba perhatikan pada senario 2, dengan tambahan bajet RM20 je, kita dapat tambah 15-20 leads dan naikkan lagi jumlah pelanggan.

 

Pada senario 1, kita perlu spend RM200 semata-mata nak dapatkan 20 leads!

 

Kenapa perlu naikkan bajet iklan sehingga RM200 kalau kita boleh dapat result yang sama dengan hanya run kempen retargeting? =)

 

Sebab tu saya kata, retargeting adalah cara yang paling mudah untuk naikkan jualan.

 

Tapi, macam susah je nak buat retargeting ni…?


Sebenarnya, tak susah pun… A
da 3 langkah je :

 

1. Pasang pixel pada website (kalau anda tak guna website, teruskan langkah 2).

2. Lepas tu buat custom audience. Kalau anda tak guna website, boleh pilih custom audience post engagement, video view atau canvas visitor.

3. Lepas dah create custom audience tu, boleh buat ads. Masukkan custom audience sebagai targeting. Tak perlu setting umur, jantina dan interest.

Column custom audience ni adalah column pertama yang anda akan jumpa masa setting ads (sebelum column location).

 

Trick BONUS:

(Tujuan utama trick ni adalah, kalau anda perasan, bukan semua audience yang klik link whatsapp akan whatsapp kita pun. Sebab tu jumlah link klik tak sama dengan jumlah whatsapp sebenar).

 

Cuma, anda perlukan sistem pihak ketiga untuk tanam pixel pada link whatsapp, sebab kita tak tanam pixel pada link whatsapp secara langsung.

 

Antara sistem yang saya sarankan adalah, kliksini.my.

 

Saya dah cuba sistem ni lebih dari 3 bulan dan setakat ni takde masalah.

 

Anda boleh daftar dan guna secara PERCUMA je sistem ni.

 

NOTA KAKI:


Apa yang saya share ni hanya 5%-10%
 je dari keseluruhan teknik. Saya tak dapat share semua dalam satu artikel secara bertulis sebab ianya agak teknikal.

 

Ilmu teknikal ni kena tunjuk demo secara visual (guna video). Kalau baca artikel bertulis ni, memang susah sikit nak faham.

 

Buat anda yang nak belajar secara detail dan lebih lagi… Saya sarankan anda sertai kelas online RETARGETING MASTER. 

 

Dalam kelas ni, anda bakal belajar tentang step-by-step dan A-Z tentang teknik FB Ads retargeting yang terkini dan berkesan.

 

Klik link ni untuk dapatkan video panduan ni : RETARGETING MASTER

 

Kalau nak tengok dan ketahui modul lengkap dan apa yang anda bakal belajar, klik je pada gambar dibawah: 

Bantu saya share artikel ni boleh? Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyebarkan manfaat… 😉
Facebook
Twitter
LinkedIn

Artikel lain yang anda perlu baca:​

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *