Dalam dunia bisnes, memahami cara pelanggan berfikir dan membeli adalah kunci untuk meningkatkan jualan. Setiap pelanggan ada tingkah laku berbeza — dan setiap jenis memerlukan strategi pemasaran yang berbeza.
Berikut adalah 5 jenis buyer behaviour yang anda wajib kenal, lengkap dengan cara untuk memikat mereka.
Membeli kerana emosi: simpati, kasih sayang, nostalgia, atau rasa bersalah
Tak kisah spesifikasi — yang penting ada nilai sentimental atau hati tersentuh
Gunakan ayat dan visual yang mainkan emosi
Contoh copywriting:
“Ramai ibu sebak bila tengok anak mereka tidur lena lepas guna ni…”
“Hadiahkan sesuatu yang buat mak rasa dihargai setiap hari.”
Suka membuat perbandingan, kira bajet, fikir ROI
Perlu maklumat lengkap seperti fungsi, bahan, jangka hayat
Guna fakta, statistik, dan testimoni yang berfokus pada hasil
Contoh:
“Diuji oleh 50 pengguna, 87% kata kulit lebih lembut dalam masa 10 hari.”
“Boleh digunakan sehingga 90 kali — kos hanya RM0.80 setiap penggunaan.”
Membeli sebab terpengaruh dengan trend semasa atau viral
Jarang fikir panjang, mudah dipengaruhi visual dan FOMO
Gunakan headline yang mencipta urgency dan keterujaan
Contoh:
“Limited edition – tinggal 5 unit terakhir!”
“Baru restock selepas sold out dalam 3 jam minggu lepas!”
Banyak persoalan seperti: “Kalau tak menjadi, macam mana?”
Perlukan jaminan dan keyakinan berkali-kali
Tonjolkan jaminan, polisi refund, dan testimoni menyakinkan
Contoh:
“Pulangan wang 100% jika tiada kesan dalam 7 hari.”
“90% pengguna repeat order selepas cubaan pertama.”
Suka tengok review, testimoni, dan influencer sebelum beli
Tak yakin nak beli awal — tunggu orang lain beli dulu
Guna social proof seperti screenshot, influencer review dan video unboxing
Contoh:
“Lebih 10,000 pelanggan dah guna dan recommend pada kawan.”
“Tengok apa yang founder jenama A ni cakap tentang produk ni…”
Setiap pelanggan adalah berbeza, dan memahami jenis-jenis buyer behaviour boleh bantu anda hasilkan strategi jualan yang lebih tepat dan meyakinkan. Jangan hanya fokus pada satu jenis — gabungkan pendekatan untuk capai audiens yang lebih luas.