Sibuk? Share dulu artikel ini:
(NOTA: Jika anda nak belajar strategi untuk naikkan juala ecomm… Boleh dapatkan buku Kitab Strategi Sulit Ecommerce)
Cara buat Tiktok Ads yang berkesan? Nak tahu macam mana?
Boleh rujuk tutorial jalankan TikTok Ads yang saya kongsikan di YouTube ini. (Kalau anda lebih suka belajar melalui panduan bertulis, boleh skip video dan skroll baca terus artikel dibawah)
Sejak Tiktok memperkenalkan Tiktok Ads, ramai yang tercari-cari cara buat TikTok Ads.
Antara muka (interface) Tiktok Ads sebenarnya hampir sama dengan Facebook Ads. Jadi kalau anda sudah cukup familiar dengan antara muka Facebook Ads, anda akan rasa senang untuk buat Tiktok Ads.
Satu-satunya perbezaan ketara antara cara buat Tiktok Ads dan Facebook ads adalah, format iklannya.
Kita kena faham, TikTok adalah platform yang fokus pada video.
Sekiranya anda pakar dalam storytelling berbentuk video, Tiktok Ads memang khas untuk anda. Namun, anda boleh sahaja buat ads walaupun anda tidak pakar dalam penghasilan video.
Antara caranya, buatlah paid review influencer, kemudian gunakan video paid review influencer TikTok sebagai bahan iklan anda.
Jom kita mulakan cara buat ads di Tiktok.
(NOTA: Artikel ini agak panjang, jika anda belum ada kelapangan untuk hadamkan, sila klik dan share dulu di FB anda -> https://www.facebook.com/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fdanialarif.com.my%2Fcara-buat-tiktok-ads%2F)
Tiktok Ads Homepage
Terdapat dua cara untuk menggunakan Tiktok Ads. Terdapat dua cara untuk mendaftar.
- Menggunakan akaun Tiktok
- Daftar akaun baru
Anda boleh buat akaun ads disini: https://ads.tiktok.com/i18n/
Sekiranya anda masih tidak ada sebarang akaun Tiktok Ads, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu. Anda boleh pilih sama ada anda mahu mendaftar menggunakan ‘email address’ ataupun phone.
Hanya masukkan 4 maklumat yang diminta oleh Tiktok Ads seperti ‘email address/ nombor telefon, ‘password’, ‘confirm password’ dan klik ‘send code’ di verification code.
Anda akan dapat verification code melaui email/ nombor telefon. Masukkan code tersebut dan klik sign up.
Jika anda mahu mendaftar menggunakan akaun sedia ada, klik pada ‘Sign Up with Tiktok’.
Cara Buat TikTok Ads – Pengenalan kepada Manager Mode
Bahagian ini pula, anda perlu pilih sama ada anda nak Ads Manager yang simple ataupun expert. Saya sarankan anda pilih expert mode.
Dalam expert mode, anda akan boleh mengawal iklan anda. Untuk simple mode, tidak banyak pilihan dan tetapan yang anda boleh ubah.
Goal / Objektif Iklan Anda
Apa tujuan anda jalankan iklan ni?
Bila anda dah tahu tujuan utama jalankan iklan, senang untuk anda pilih tujuan pada tetapan ini. Anda boleh rujuk info dibawah untuk jenis tujuan lain dan kenapa iklan itu dijalankan.
Cara Buat TikTok Ads – Panduan Pemilihan Objektif Iklan
Iklan Awareness
- Reach : Paparkan iklan anda kepada seramai mungkin orang
Iklan Consideration
- Traffic: Tarik trafik ke URL laman web atau instant page TikTok
- App Installs: Tarik trafik untuk prospek muat turun aplikasi.
- Video Views: Nak tarik audience tengok video.
- Lead Generation: Menggunakan pre-populated Instant Form untuk kumpulkan leads.
Iklan Conversion
- Conversions: Nak tarik audience buat tindakan tertentu di web ecommerce, seperti purchase atau daftar akaun.
- Catalog Sales: Dynamic ads berpandukan produk di catalog.
Pening? Tak Tahu Nak pilih Objektif Iklan Apa?
Setting Bina TikTok Ads
Sama macam kita buat FB Ads, cara buat TikTok Ads pun kena mula dengan, berikan nama untuk kempen ini.
Pastikan nama yang diberikan memudahkan untuk anda rujuk dikemudian hari. Panjang perkataan hanya dibenarkan sehingga 512 aksara.
Set Ads Campaign Budget
Untuk set bajet, ada boleh lakukan sekarang di langkah yang terakhir. Anda perlu faham Tiktok Ads ada 2 jenis kategori bajet. Kategori ini ialah set bajet harian ataupun set bajet berpanjangan (lifetime).
Set campaign bajet, anda boleh pilih sama ada anda mahu buat iklan ini dijalankan berdasarkan harian ataupun berdasarkan jumlah bajet yang anda ada. Minimum bajet harian ialah RM20.
Berapa RM nak letak bajet?
Bergantung pada ketebalan “POKET BISNES” anda. Kalau modal kecil, cuba je dulu RM20/hari.
Kalau saya, biasa saya akan mulakan dengan RM150/hari untuk setiap adset.
Pemilihan Placement – Tempat Iklan Anda Dipaparkan
Untuk tetapan bahagian ini, anda boleh pilih sama ada anda mahukan automatik placement atau secara manual.
Terdapat tiga tempat Iklan utama Tiktok iaitu:
- TikTok placement: In-feed ads berada di “For You” feed.
- News Feed App placement (BuzzVideo) : Ads TikTok didalam aplikasi TikTok (Newsfeed dan Detail Page Ads
- Pangle placement: Network penonton TikTok (sama macam Facebook Audience Network)
Automatic placement ialah kita memberikan kuasa kepada sistem TikTok untuk optimize ad delivery secara automatik.
Sekiranya anda memilih manual placement, anda mempunyai lebih banyak kawalan dalam iklan anda. Anda boleh tentukan dimana iklan anda muncul.
Untuk pemilihan manual placement, saya sarankan anda hanya memilih Tiktok. ini kerana anda hanya fokus iklan dipaparkan di “For You” page.
Tapi, sejujurnya, takde beza sangat antara pilih Automatic dan Manual Placement ni.
Bila ada skrol ke bawah, anda akan dapati tetapan advance. Pada tetapan ini, anda boleh memilih sama ada anda mahukan pengguna untuk komen dan muat turun video iklan anda.
Pemilihan Audience Targeting
Terdapat dua mod target iklan.
Anda boleh memilih custom ataupun automatik.
Untuk pemilihan automatik, sistem akan optimise iklan anda berdasarkan objektif, konten, data kempen lepas dan sebagainya.
Namun, jika anda mahukan menentukan kriteria tersendiri untuk iklan anda, boleh pilih custom targeting.
Saya sendiri selalu buat split test, saya akan buat 1 adset guna custom targeting dan 1 adset guna automatic targeting.
Custom targeting memberikan anda menentukan:
- Lokasi
- bahasa
- Jantina
- Umur
- Interest
- Device
Nak Target Interest Apa? Nah Ini Rahsia Pilih Interest Cara Buat TikTok Ads yang Berkesan!
Rahsianya adalah… Tiada teknik rahsia pun untuk buat TT Ads yang berkesan ni.
Penetapan Bajet & Jadual
Walaupun tetapan ini hampir sama di Ad Set, tapi anda boleh menetapkan bajet serendah RM20 untuk bajet harian. Minima bajet sepanjang masa haruslah RM280.
Anda boleh tetapkan bila iklan anda akan bermula. Hanya perlu pilih tarikh dan masa iklan untuk diaktifkan. Anda juga boleh buat keputusan untuk membiarkan iklan anda berjalan serta-merta.
Tiktok mempunyai fungsi “dayparting”.
Bagi saya fungsi ini sangat bagus kerana anda boleh tetapkan bila anda mahukan iklan ini dijalankan.
Sebagai contoh, anda hanya mahukan iklan anda berjalan pada waktu pejabat.
Jadi anda boleh pilih “select specific time”. Sekiranya anda mahukan iklan anda berjalan sepanjang waktu, anda hanya perlu pilih “all day”.
Secara peribadi, cara saya buat TikTok Ads, saya run sepanjang hari.
Bukan iklan TT je saya buat macam ni, bahkan semua ads yang saya run (Facebook Ads, YouTube Ads, Google Display Ads, PPC Seach Ads) pun saya tak pernah set jadual, memang akan run sepanjang hari.
Bidding Strategy & Optimization
Optimization goal bergantung kepada objektif iklan anda.
Ada optimization goal conversion, clicks dan juga reach.
Sekiranya anda pilih objektif iklan ialah traffic, jadi optimization goal ialah click. Jangan risau, bahagian ini sistem sudah tentukannya.
Pilih strategi pembidaan.Terdapat dua jenis strategi iaitu bid cap dan juga cost cap.
- Bid Cap: Jumlah maksimum per click (CPC), per view (CPV), or per 1,000 impressions (CPM).
- Lowest Cost: Sistem iklan tetapkan kos untuk dapatkan hasil maksima pada kos terendah .
Saya pilih lowest cost. Buat masa ini saya belum pernah jalankan eksperimen fungsi bid cap.
Peringkat Ad
Di sini anda boleh ubah atau pilih nama untuk Tiktok anda. Dan jangan lupa untuk klik ikon pensil supaya anda dapat ubah profil anda.
Ad Creative
Inilah tempat yang anda boleh pilih untuk muat naik video iklan…
…untuk caption (copywriting), TT tak benarkan tulis panjang.
Jadi, berita baiknya, anda tidak perlukan copywriting power untuk buat iklan di TT.
BACA JUGA: 7 Cara Untuk Buat Copywriting Power (Supaya Prospek Tak Sabar-Sabar Nak Membeli)
Destination Page
Pilih ke mana iklan akan bawa prospek anda sama ada ke website ataupun Tiktok instant page.
Tiktok instant page berikan pengguna maklumat yang lebih mendalam tanpa perlu menunggu website loading terlalu lama.
Tapi jika anda rasa website anda bagus, tidak ada masalah untuk meletakkan website sebagai destination page.
Konklusi
Mudah je langkah-langkahnya.
Anda mungkin rasa, terlampau banyak langkah yang anda perlu ikut.
Tapi, sebenarnya, bila anda sudah faham konsep iklan, setting ni mudah je. Lepas 2-3 kali buat, akan dapat ingat semua langkahnya.
Satu lagi perkara penting, setting teknikal TT Ads ni, hanya memainkan peranan sebanyak 20%. 80% lagi faktor keberkesanan bergantung pada aspek kreatif (konten video yang digunakan)
Saya cuba menerangkan secara detail mengenai cara buat Tiktok Ads supaya anda tidak membazirkan kos marketing tanpa memahami tentang iklan.
Anda rasa panduan ini bermanfaat? Sila klik butang share dibawah, dan kongsikan di media sosial panduan cara buat TikTok Ads.
NOTA KAKI:
Ada solana nak tanya tentang TikTok Ads atau pemasaran digital? Boleh sertai group FB Komuniti Ecommerce Malaya.
Saya akan jawab dalam group ini. Link untuk sertai group:https://www.facebook.com/groups/359752064857044044