Lsdw Xs 300x104

Beza Antara Landing Page & Sales Page: Panduan Usahawan Baru

Landing page vs Sales page
Ramai usahawan baru mula buat iklan, tapi bila orang klik — mereka terus hilang. Tiada pendaftaran. Tiada jualan. Salah satu punca? Page yang dilawati tak kena dengan tujuan.

Kebanyakan usahawan keliru antara landing page dan sales page. Nampak serupa, tapi fungsi dan gaya penyampaian mereka sangat berbeza.


Apa Itu Landing Page?

Landing Page

Landing page ialah halaman khas yang dibina untuk satu tindakan mudah. Biasanya, tujuan utamanya ialah untuk:

  • Kumpul nama & email

  • Dapatkan pendaftaran

  • Beri tawaran percuma (lead magnet)

Contohnya:

Anda beri eBook percuma “10 Cara Buat Bisnes Online Tanpa Modal”. Bila orang klik iklan, mereka dibawa ke page ringkas yang minta nama dan email. Lepas isi, baru dapat download eBook. Itu landing page.

Ciri-ciri utama:

  • Fokus pada satu CTA sahaja

  • Design ringkas dan padat

  • Tak ada menu atau gangguan

Sesuai digunakan bila anda nak bangunkan database prospek, bukan jual terus.


Apa Itu Sales Page?

Contoh Sales Page

Sales page pula lebih kompleks. Ia direka untuk yakinkan prospek supaya buat pembelian sekarang. Anda bawa mereka dari masalah, beri solusi, tunjuk bukti — dan akhirnya, minta mereka buat keputusan.

Biasanya, sales page mengandungi:

  • Headline yang “trigger” masalah utama

  • Penjelasan produk atau servis

  • Senarai faedah (bukan sekadar ciri)

  • Bukti sosial: testimoni, screenshot, hasil

  • Bonus, jaminan & FAQ

  • Call to action (order sekarang)

Contohnya:

Anda jual kelas online bernilai RM199. Dalam sales page tu, anda terangkan siapa sesuai join, apa modul yang ditawarkan, jaminan pulangan wang, bonus eksklusif dan diskaun jika daftar hari ini.

Matlamat utama sales page ialah untuk CLOSE SALE.


Ringkasan Perbezaan Landing Page vs Sales Page

Berikut ialah perbezaan utama antara landing page dan sales page dalam bentuk point:

Tujuan Utama

  • Landing Page: Fokus kumpul maklumat prospek seperti nama, email atau nombor telefon.

  • Sales Page: Fokus untuk yakinkan & close sale – terus ajak pembaca beli.

Panjang Kandungan

  • Landing Page: Ringkas, biasanya hanya 1–2 skrin panjang.

  • Sales Page: Panjang & lengkap, boleh sampai beberapa skrin – disusun macam cerita.

Gaya Penulisan

  • Landing Page: Terus kepada point, kurang elemen emosi.

  • Sales Page: Gaya storytelling, mainkan emosi dan logik pelanggan.

Elemen Kandungan

  • Landing Page: Headline, manfaat ringkas, borang, satu CTA sahaja.

  • Sales Page: Headline, masalah & solusi, bukti/testimoni, bonus, FAQ, dan CTA.

Contoh Tindakan (CTA)

  • Landing Page: “Muat turun eBook”, “Daftar Sekarang”, “Join Group”

  • Sales Page: “Beli Sekarang”, “Tempah Tempat Anda”, “Order Hari Ini”


Bila Nak Guna Landing Page?

  • Bila anda nak build list prospek

  • Bila tawaran anda berbentuk freebies, webinar, group

  • Bila nak test market dan asingkan audiens ikut minat mereka

Guna landing page untuk tarik perhatian. Jangan terus menjual. Beri sesuatu dulu – contohnya:

  • eBook

  • Video percuma

  • Checklist / template

  • Kupon diskaun


Bila Sesuai Guna Sales Page?

Guna bila anda:

  • Dah tahu siapa audiens sasaran

  • Ada produk atau servis utama yang dijual

  • Perlukan page yang lengkap untuk yakinkan prospek sampai mereka klik “Beli Sekarang”

Sales page juga sesuai jika anda nak:

  • Launch produk baru

  • Buat offer terhad

  • Buat pre-order


Kesilapan Ramai Usahawan Baru

Ramai usahawan buat satu page sahaja — tapi paksa ia buat semua kerja:

  • Nak kumpul leads, tapi tulis panjang macam sales page

  • Nak close sale, tapi cuma letak borang daftar

Setiap page perlu satu fokus. Satu tindakan.


Penutup

Kalau iklan anda bagus, tapi tak ada hasil, page mungkin puncanya. Landing page sesuai untuk tarik masuk prospek. Sales page pula untuk yakinkan mereka membeli.

Fahami perbezaan ni — dan bina strategi yang lebih tepat.

Nota Kaki

Jika anda memerlukan bantuan profesional untuk setup iklan, hasilkan copywriting, atau ingin serahkan terus kepada pihak pakar,

Sandhill Digital sedia untuk bantu.

Klik sini untuk mohon servis runkan marketing dari Sandhill Digital:
ezy.la/pakej-dm

Dapatkan bimbingan untuk hasilkan kempen iklan yang lebih terarah dan kos efektif.

Lsdw Xs 300x104
Digital Growth Partner
707C, Kompleks Diamond Bangi Business, Jalan Medan Bangi, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor 
(1431271-M)

03-8928 0907
[email protected]
© 2025 Sandhill Digital. All rights reserved.
About Partners Privacy Policy