Lsdw Xs 300x104
  • Bahasa Melayu
  • English
  • Cara Buat Facebook Ads: Panduan Lengkap untuk Pemula 2025

    Facebook Ads

    Pengenalan

    Dalam era digital hari ini, pemasaran menggunakan media sosial menjadi tulang belakang kepada pertumbuhan bisnes kecil dan besar. Salah satu platform utama yang sangat berkesan ialah Facebook. Artikel ini akan membimbing anda secara langkah demi langkah tentang cara buat Facebook Ads, khusus untuk pemula yang ingin mula mengiklan tanpa perlu bergantung kepada agensi luar.

    Dengan lebih 2 bilion pengguna aktif, Facebook memberi peluang kepada peniaga untuk menjangkau pelanggan secara tepat mengikut umur, minat dan lokasi. Namun begitu, ramai masih keliru cara nak mulakan. Artikel ini memberi panduan teknikal lengkap serta tips praktikal untuk anda hasilkan iklan pertama yang efektif.

    Cara buat Facebook Ads bukan sahaja penting untuk pendedahan jenama, tetapi juga mampu menjana jualan secara terus dengan kos yang fleksibel.

    Video Tutorial: Cara Buat Facebook Ads 2025

     


    Langkah 1: Sediakan Akaun Business Facebook

    Sebelum boleh mula beriklan, anda perlu mempunyai struktur asas berikut:

    • Akaun Facebook Business: Daftar di business.facebook.com

    • Facebook Page untuk perniagaan

    • Akaun Iklan (Ad Account)

    • Kaedah pembayaran seperti kad debit, kad kredit atau FPX

    Langkah ini penting untuk membolehkan anda akses kepada Ads Manager dan menjejak prestasi kempen anda dengan lebih profesional.


    Langkah 2: Masuk ke Ads Manager dan Pilih Objektif Kempen

    Selepas akaun disediakan, ikuti langkah ini:

    1. Pergi ke https://adsmanager.facebook.com

    2. Klik “Create”

    1

    .

    Pilih objektif kempen seperti:

     2.1.

    Facebook Ads membolehkan anda memilih objektif mengikut matlamat utama kempen. Ini langkah paling penting kerana ia akan menentukan jenis iklan, cara ia dipaparkan kepada audiens, serta bagaimana Facebook akan mengoptimumkan kempen anda.

    Berikut adalah pilihan objektif yang ada:

    • Awareness
      Objektif ini bertujuan meningkatkan kesedaran jenama. Sesuai digunakan jika anda baru mula membina jenama atau produk di pasaran.

    • Traffic
      Gunakan jika anda mahu membawa pengguna ke destinasi luar seperti laman web, WhatsApp, atau link pendaftaran.

    • Engagement
      Fokus untuk mendapatkan lebih banyak interaksi seperti likes, komen, share, atau mesej pada posting anda.

    • Leads
      Untuk kumpul maklumat prospek. Facebook akan bantu hasilkan borang (instant form), atau boleh juga sambungkan ke WhatsApp untuk tangkap nombor telefon terus.

    • App Promotion
      Digunakan untuk promosi aplikasi mudah alih, membawa pengguna terus ke Google Play Store atau App Store.

    • Sales
      Objektif ini membantu mendapatkan pembelian atau tindakan berkaitan jualan. Sesuai untuk kempen WhatsApp, website e-commerce, atau borang pembayaran.

     

    Penting: Pilih objektif yang paling dekat dengan tindakan yang anda mahukan dari pelanggan. Jangan sekadar pilih Traffic jika sebenarnya anda mahu mesej WhatsApp. Ini akan memberi kesan kepada hasil dan kos iklan.


    Langkah 3: Tetapan Kempen (Campaign Settings)

    Namakan kempen anda (contoh: Kempen Trial Mei 2025)

    2

    Tutup dua tetapan berikut:

    3

    • A/B Test: tidak perlu untuk permulaan

    • Advantage Campaign Budget: biarkan OFF

     

    Setelah selesai, tekan “Next”.


    Langkah 4: Tetapan Ad Set

    4.1 Nama Ad Set

    Gunakan nama yang teratur dan mudah difahami, seperti:
    Wanita 25–40 / WhatsApp / Minat Shopping

    4

    .

    4.2 Pilih Conversion Location

    Antara pilihan terkini:

    Facebook kini membahagikan pilihan kepada enam kategori:

    • Website
      Bawa pengguna ke laman web. Contoh: e-commerce, landing page, artikel blog.

    • App
      Sesuai untuk syarikat yang mempromosikan aplikasi mudah alih.

    • Website and App
      Gabungan antara dua lokasi jika anda ingin optimakan secara silang antara dua platform.

    • Message Destinations
      Ini termasuk WhatsApp, Messenger dan Instagram Direct. Jika anda mahukan pelanggan terus mesej anda secara automatik, ini pilihan terbaik. Facebook akan paparkan iklan dengan butang CTA yang terus membuka ruangan chat.

    • Calls
      Iklan akan menggalakkan pengguna klik dan terus telefon nombor yang anda tetapkan. Sesuai untuk servis yang memerlukan rundingan atau appointment segera.

    • Website and Calls
      Gabungan bawa pelanggan ke laman web serta beri pilihan untuk call. Sesuai untuk bisnes tempatan seperti klinik, servis kenderaan, atau konsultasi.

    Jika anda mahu pengguna terus ke WhatsApp, pilih “Message Destinations”.

    .

    4.3 Pilih Message Destination

    Jika anda memilih conversion location = Message Destinations, Facebook akan benarkan anda pilih di mana anda mahu pelanggan menghantar mesej selepas mereka klik iklan.

    Anda boleh pilih satu atau lebih dari tiga saluran berikut:

    5

    • Messenger – mesej masuk ke akaun Facebook Page anda

    • Instagram Direct – mesej masuk ke akaun IG bisnes anda

    • WhatsApp Business – pelanggan terus mesej nombor WhatsApp anda

    Tip penting: Jika anda aktif di WhatsApp dan ingin terus close sale secara perbualan, pastikan nombor WhatsApp Business telah disambungkan di bahagian Business Settings.

     

    Contoh setup ideal:

    • Pilih semua saluran yang tersedia (Messenger, Instagram, WhatsApp)

    • Facebook akan automatik hantarkan pelanggan ke platform yang paling sesuai ikut kelakuan mereka

    .

    4.4 Tetapkan Bajet Harian

    • Pilih “Daily Budget”

    • Masukkan RM30/hari (bajet minimum yang disyorkan untuk permulaan)

    6

    .

    4.5 Sasaran Audiens

    Tetapkan siapa yang anda mahu iklan ini capai:

    7

    • Location: Contoh – seluruh Malaysia atau kawasan tertentu

    • Gender & Age: Contoh – Wanita, 25–40 tahun

    • Detailed Targeting: Contoh – Online Shopping, Shopee, Resepi

     

    Setelah selesai, tekan “Next”.


    Langkah 5: Bina Iklan (Ad Creative)

    5.1 Namakan Iklan

    Langkah pertama dalam membina iklan adalah memberikan nama yang jelas dan mudah difahami. Ini penting untuk tujuan pengurusan dan analisis kemudian hari, terutamanya jika anda mengendalikan banyak iklan dalam satu kempen.

    Contoh:

    8

    Gunakan nama yang menggambarkan jenis iklan, kandungan, dan target audiens anda. Ini akan memudahkan anda bezakan prestasi setiap iklan nanti.

    .

    5.2 Pilih Format Iklan

    Untuk pemula, pilih “Single Image or Video”.

    Jangan lupa untuk untick pilihan “Multi-advertiser ads” supaya iklan anda tidak dicampur bersebelahan dengan jenama lain.

    Anda akan diberi pilihan:

    9

    • Flexible
      Facebook pilih format automatik. Tidak disyorkan untuk pemula kerana kurang kawalan.

    • Single Image or Video 
      Papar satu gambar atau satu video. Disyorkan untuk pemula – mudah, cepat dan berkesan.

    • Carousel
      Papar beberapa gambar/video dalam satu iklan boleh-scroll. Sesuai untuk showcase produk pelbagai.

      Cadangan: Pilih Single Image or Video jika anda baru mula beriklan.

    .

    5.3 Set Up Creative

    Klik “Set up creative” dan pilih sama ada:

    10

    • Image Ad – jika guna gambar

    • Video Ad – jika anda ada video testimoni, promosi, dll

    Upload bahan visual anda yang berkualiti tinggi.

    .

    5.4 Masukkan Kandungan Iklan

    Screenshot 2025 05 22 131746

    • Primary Text – Ini ialah copywriting utama yang akan dilihat oleh pengguna. Ia mesti menarik perhatian dan terus menyampaikan tawaran atau manfaat.

    Nota: Anda boleh guna ChatGPT untuk bantu hasilkan copywriting yang menarik dan sesuai dengan bisnes anda.

    • Headline – Tajuk ringkas yang akan terpapar di bawah visual. Contoh:

    “Sesi Trial RM15.90 – Tempat Terhad!”

    • Call to Action (CTA)

    Pilih butang tindakan seperti:

    1. Send Message

    2. Learn More

    3. Sign Up

    Setelah semua siap, klik Publish untuk hantar iklan kepada sistem Facebook. Iklan akan melalui proses semakan dalam tempoh 15 minit hingga 24 jam.


    Kesimpulan

    Sekarang anda telah mengikuti keseluruhan panduan cara buat Facebook Ads, dari persediaan akaun hingga pemantauan prestasi. Dengan bajet serendah RM30 sehari, anda sudah boleh memulakan kempen pertama dan menilai hasilnya dalam masa beberapa hari.

    Kunci utama kejayaan dalam Facebook Ads ialah:

    • Sasaran audiens yang jelas

    • Visual yang menarik

    • Ayat iklan (copywriting) yang meyakinkan

    • Pemantauan prestasi secara konsisten

    Jika anda serius mahu kembangkan bisnes secara digital, penguasaan iklan Facebook adalah langkah wajib. Mulakan sekarang, uji, dan belajar daripada data iklan anda.


    Nota Kaki

    Jika anda memerlukan bantuan profesional untuk setup iklan, hasilkan copywriting, atau ingin serahkan terus kepada pihak pakar,

    Sandhill Digital sedia untuk bantu.

    Klik sini untuk mohon servis runkan marketing dari Sandhill Digital:
    ezy.la/pakej-dm

    Dapatkan bimbingan untuk hasilkan kempen iklan yang lebih terarah dan kos efektif.

    Lsdw Xs 300x104
    Digital Growth Partner
    707C, Kompleks Diamond Bangi Business, Jalan Medan Bangi, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor 
    (1431271-M)

    03-8928 0907
    [email protected]
    © 2025 Sandhill Digital. All rights reserved.
    About Partners Privacy Policy