Lsdw Xs 300x104
  • Bahasa Melayu
  • English
  • Tips Guna Hashtag Yang Betul Untuk Naikkan Reach di Instagram & TikTok

    Hashtag bukan sekadar hiasan dalam caption — ia sebenarnya boleh jadi punca utama kenapa post anda meletup, atau terus tenggelam.

    Kalau digunakan dengan betul, hashtag boleh bantu konten anda ditemui oleh lebih ramai orang yang belum follow anda.

    Artikel ini akan kongsikan 5 cara paling berkesan untuk guna hashtag dengan strategi yang betul di Instagram dan TikTok, khas untuk bisnes dan personal branding di Malaysia.

    Hashtag

    1. Guna Hashtag Ikut Sasaran Audiens

    Setiap niche ada komuniti dan hashtag tersendiri. Kalau anda jual tudung, jangan sekadar guna #fyp

    masuk sekali #tudunglabuh, #tudungmalaysia, #muslimahfashion. Ini bantu konten anda sampai kepada audiens yang betul.

    Targeted HashtagTips:

    • Buat senarai 15–30 hashtag relevan ikut niche anda.
    • Campur general + spesifik (contoh: #bajuraya + #bajurayaperempuan2025).

    2. Campurkan Hashtag Besar, Sederhana dan Kecil

    Hashtag besar (lebih 1 juta post) bantu dari segi exposure, tapi cepat tenggelam.

    Hashtag sederhana dan kecil (10k–500k post) lebih targeted dan tahan lama.

    Cadangan formula:

    • 3 hashtag besar (eg. #fyp, #ootdmalaysia)
    • 5 hashtag sederhana
    • 5 hashtag kecil yang niche

     


    3. Elakkan Guna Hashtag yang Diharamkan atau Shadowban

    Sesetengah hashtag nampak biasa, tapi sebenarnya disekat oleh Instagram atau TikTok (contoh: #humpday, #adulting).

    Guna hashtag jenis ni boleh buat reach anda jatuh mendadak.

    Hashtag Checker

    Cara semak:

    • Google senarai “banned hashtags 2025”
    • Klik hashtag dalam apps dan tengok sama ada content masih aktif atau sudah di’takedown’.

     


    4. Letak Hashtag Dalam Caption, Bukan Komen

    Dulu, ramai letak hashtag dalam komen untuk elak nampak ‘spammy’. Tapi sekarang, sistem Instagram dan TikTok lebih fokus pada caption untuk SEO.

    Hashtags example in twitter x

     

     

     

     

     

     

     

     

    Tips:

    • Letak hashtag terus dalam caption post
    • Letakkan selepas ayat utama (jangan ganggu mesej utama)

     


    5. Update Hashtag Secara Berkala Ikut Trend

    Trend berubah cepat — terutamanya di TikTok. Apa yang viral minggu lepas, minggu ni mungkin dah tak jalan.

    Apa perlu buat:

    • Semak hashtag trending di TikTok Creative Center & IG Explore
    • Buat rotation — tukar set hashtag setiap 2–3 post
    • Test & track post mana yang perform

     


    Bonus: Berapa Banyak Hashtag Perlu Guna?

    Ramai tertanya — patut letak banyak atau sikit hashtag?

    Jawapannya: ikut platform dan strategi.

    • Instagram: Disarankan guna antara 5 hingga 10 hashtag berkualiti. Terlalu banyak (lebih 20) boleh nampak spam dan kurangkan reach.
    • TikTok: Biasanya 3 hingga 5 hashtag yang relevan dah cukup kuat. Fokus pada kombinasi trending hashtag dan niche hashtag.

    Tips tambahan: Pastikan semua hashtag yang digunakan betul-betul berkaitan dengan konten anda untuk elak algoritma penalti.

     


    Kesimpulan

    Hashtag bukan sekadar tambah-tambah dalam post. Bila guna secara strategik, ia boleh jadi senjata rahsia untuk naikkan reach secara organik. Uji, track, dan refine cara anda guna hashtag — dan anda akan nampak perbezaannya dalam masa beberapa minggu.

    Kalau anda baru mula atau pernah kecewa sebab reach sendu, cuba guna 5 cara ni dan lihat hasilnya. Jangan lupa, konsisten lebih penting daripada viral semata-mata!

    Lsdw Xs 300x104
    Digital Growth Partner
    707C, Kompleks Diamond Bangi Business, Jalan Medan Bangi, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor 
    (1431271-M)

    03-8928 0907
    [email protected]
    © 2025 Sandhill Digital. All rights reserved.
    About Partners Privacy Policy