Search
Close this search box.

6 Jenis Emosi yang Menjadi Suis Trigger Pelanggan Untuk Membeli Dengan Mudah

Sibuk? Share dulu artikel ini:​​
Facebook
Twitter
LinkedIn

(NOTA: Jika anda nak belajar strategi untuk naikkan juala ecomm… Boleh dapatkan buku Kitab Strategi Sulit Ecommerce)​

Emosi adalah ibarat suis pembelian. Jika dipetik, ia umpama trigger yang mendorong prospek untuk beli produk/servis anda.

 

Manusia analisa tentang sesuatu produk/servis berdasarkan fakta, tapi bukan fakta logik yang menjadi asas manusia untuk buat keputusan pembelian.

 

Tapi, emosi yang menjadi faktor seseorang untuk buat keputusan pembelian.

 

Kenapa ada orang pilih beli iPhone berbanding smartphone jenama lain?

 

Kenapa ada orang nak sangat beli BMW dan bukan kereta-kereta lain. Kereta semua sama saja, tujuan beli kereta adalah untuk mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

 

Boleh je beli apa-apa jenis kereta tapi kenapa nak pilih jenama-jenama yang tertentu.

 

Semua ini adalah emosi. Bangga, Ego, Bahagia dan anda namakan apa saja emosi yang ada.

 

Apa pun ada 6 emosi asas yang boleh digunakan dalam ayat iklan untuk dorong pelanggan beli sesuatu produk/servis.

 

#1. Seronok

Emosi ini banyak digunakan dalam iklan-iklan mainan kanak-kanak dan makanan segera seperti KFC dan McD.

 

Cuba tengok iklan mereka, mereka akan tunjukkan ciri-ciri menarik pada mainan mereka. Visual wajah kanak-kanak yang gembira bermain dengan permainan yang mereka keluarkan.

 

Sebab tu, KFC dan McD selalu keluarkan mainan-mainan percuma dalam masa terhad sebagai offer.

 

#2. Takut


Ketakutan adalah antara emosi yang berkesan untuk buat pelanggan beli sesuatu produk/servis.

 

Emosi ini banyak digunakan dalam iklan-iklan insurans. Apa sahaja produk yang melibatkan masa depan, sesuai gunakan emosi jenis ini.

 

Apa maksud produk yang melibatkan masa depan ya?

Maksudnya adalah produk/servis yang outcome tidak nampak sekarang. Tapi, jika tidak dibeli mungkin melibatkan kerugian atau bencana yang besar di masa akan datang.

 

Hati-hati jika mahu gunakan emosi ni dalam ayat iklan, ada orang rasa benci jika baca iklan yang terlalu negatif.

 

#3. Jijik

Eh? Ada ke orang beli satu-satu produk disebabkan emosi jijik?

Jangan terkejut, memang ada. Kenapa produk racun lipas boleh laku?

 

Kenapa ada orang sanggup gunakan servis pest control walaupun harga ada yang cecah ribuan RM?

 

Semua adalah disebabkan emosi jijik terhadap makhluk perosak ni.

 

Selain tu?

 

Mungkin ada orang rasa jijik tengok jerawat menggerutu di wajah dia? Mungkin ada orang jijik tengok perut dia yang memboyot?

 

Tapi, sama juga seperti emosi ketakutan. Perlu sangat-sangat untuk berhati-hati gunakan emosi jenis ni dalam iklan. Takut ada yang tak suka dengan iklan anda dan mereka report pada pihak FB.

 

#4. Terkejut

“Macam mana nak gunakan emosi terkejut dalam iklan?”

Mungkin ada yang tanya soalan ini dalam hati. =)

Sebenarnya banyak je iklan yang ada gunakan emosi ini. Caranya adalah gunakan fakta yang mengejutkan pada Headline ayat iklan anda.

 

Contoh Headline yang gunakan emosi terkejut:

“Penemuan Terbaru! Saintis Temui Cara Untuk Kurus Dengan Hanya Makan Buah Kiwi!”

Headline yang ada unsur kejutan biasanya berkesan untuk tarik perhatian prospek dengan mudah dan pantas.

 

#5. Marah

Emosi ini jarang digunakan dalam iklan untuk menjual… Tapi banyak digunakan dalam iklan berbentuk awareness yang bertujuan untuk mendidik prospek tentang produk anda.

 

Sebagai contoh, anda menjual produk organik yang bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya. Anda boleh gunakan emosi marah pada “content” awareness anda.

 

Mungkin anda boleh ceritakan rahsia dan sisi gelap produk-produk yang berbahaya di pasaran.

 

Contohnya, anda hasilkan artikel bertajuk:

“3 Rahsia Gelap yang Syarikat Kosmetik Ternama Tidak Mahu Anda Tahu!”

Iklan jenis ini adalah bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan prospek anda. Anda ingin didik mereka supaya sedar bahawa anda adalah “good guy” dalam pasaran dan anda tidak jahat seperti pesaing lain yang ada di pasaran sedia ada.

 

Anda mahu buatkan prospek rasa marah pada produk-produk sedia ada di pasaran dan beralih pada produk anda.

 

AMARAN: Anda tidak dibenarkan memburuk-burukkan jenama yang spesifik.

 

#6. Sedih

Emosi sedih ada digunakan dalam iklan, tetapi biasanya bukan iklan jualan produk atau servis… Emosi sedih banyak digunakan dalam iklan kempen kesedaran dalam kalangan NGO.

 

Biasanya, iklan-iklan kutipan derma oleh organisasi amal banyak gunakan emosi ini.

 

Tapi, ada juga iklan menjual yang releven untuk gunakan emosi sedih ini. Antaranya adalah iklan Takaful/Insurans. Ada iklan servis insurans menceritakan tentang nasib anak-anak dan keluarga setelah kematian si ayah, ini apa saya maksudkan emosi sedih pada iklan.

 

Kesimpulan


6 emosi ini adalah emosi asas yang ada pada semua manusia. Anda boleh manipulasikan 6 jenis emosi ini untuk digunakan pada iklan anda.

 

Bila saya kata iklan, maksud saya ia bukan sahaja merujuk pada ayat iklan, bahkan meliputi juga aspek imej atau video yang anda gunakan sebagai iklan.

 

Mulai dari saat ini, anda perlu ingat, untuk buat iklan yang berkesan anda perlu manipulasikan emosi-emosi yang ada pada prospek anda.

Bantu saya share artikel ni boleh? Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyebarkan manfaat… 😉
Facebook
Twitter
LinkedIn

Artikel lain yang anda perlu baca:​

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *